
Ahli Parlimen Subang dari PKR R. Sivarasa (gambar) ketika sidang media di lobi Parlimen hari ini membangkitkan persoalan Ops Cantas hanya dilaksanakan pada pertengahan 2013, sedangkan tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat (EO) telah dibebaskan lebih awal.
ISA dan EO telah dimansuhkan pada 2011 selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuat pengumuman untuk mereformasikan sistem perundangan negara dan menolak sebarang penahanan tanpa bicara terhadap pelaku jenayah.
"Kenapa tahanan di Penjara Simpang Renggam tidak disiasat dan didakwa di mahkamah dalam tempoh dua tahun sebelum EO dimansuhkan pada 2011?" soalnya. – 30 September, 2013.
The Malaysian Insider
0 komentar:
Posting Komentar