![]() |
LINGKARAN bulat yang dirakam di Lahad Datu |
Kejadian jam 10.20 pagi itu menyebabkan orang ramai yang sibuk dengan tugasan harian berhenti seketika untuk melihat fenomena yang berlaku dalam tempoh kira-kira 30 minit.
Penduduk, Lim Chu Shyang, 23, berkata, dia memberhentikan kenderaan selepas menyedari satu lingkaran bulat terbentuk di langit.
“Saya sedang memandu dan memberhentikan kereta kerana panik dan tergamam apabila isteri menyuruh saya melihat ke arah langit.

Katanya, mereka tidak melepaskan peluang merakam kejadian alam yang pertama kali berlaku di daerah berkenaan.
“Lingkaran ini kemudian hilang dan keadaan kembali panas seperti biasa,” katanya, Seorang lagi penduduk, Baddu Saenous, 35, berkata, pernah melihat kejadian gerhana, tetapi bentuk kali ini agak berbeza kerana garisan hanya melingkari matahari.
“Ia berwarna seperti pelangi dan keadaan tidak bertukar terlalu gelap,” katanya.
Katanya, keadaan ketika itu sangat ganjil kerana lingkarannya sangat cantik.

Perkara sama diakui guru, Rohana Sri Melati Hamid, 37, apabila turut menyaksikan keindahan alam itu bersama murid dan kakitangan sekolah.
LINK
0 komentar:
Posting Komentar