Minggu, 16 Maret 2014

Datuk tanam ganja kerana disangka bunga matahari


Tanaman ganja
Tanaman ganja yang ditemukan di perkebunan seorang petani Jerman (NBC News)
Seorang petani berusia 74 tahun yang tinggal di sebuah kota kecil di bahagian selatan Jerman, menanam lebih dari 1,000 pohon ganja dan mengatakan bahawa dia keliru kerana mengira tanaman terlarang itu adalah bunga matahari.

Menurut keterangan polisi kepada NBC News pada Rabu (05/09). Mereka mendapatkan informasi dari penduduk setempat bahawa seseorang di Moembris, sebuah kota di bahagian selatan negara bahagian Bavaria, menanam ganja di tanah seluas satu hektar.

Polis  pun mengunungi lelaki tersebut pada Selasa (04/09), dan memerintahkan agar lelaki tua yang namanya tidak dirilis itu untuk menghancurkan tanaman ganja tersebut.

Menurut keterangan lelaki tersebut kepada polis , sebelumnya ia menyebar setengah karung benih tua dan terkejut kerana beberapa tanaman tumbuh dengan cepat, tapi masih tidak menyedari tanaman apakah yang tumbuh itu.
“Lelaki tua yang ramah itu terkejut melihat tanaman aneh yang tumbuh di antara bunga yang ia tanam, tapi tidak mengenali bahawa itu sebenarnya adalah pohon ganja,” kata polis  dalam satu pernyataan.

“Petani tersebut segera memusnahkan tumbuhan tersebut dengan menggunakan traktor di bawah pengawasan polis ,” kata juru cakap polis , Stefan Brabetz.
Dalam sebuah siaran pers, para pejabat mengatakan bahawa jenis ganja tersebut terlalu lemah untuk memiliki efek memabukkan dan tidak boleh  menyebabkan ketagihan.

Namun demikian, kes tersebut sedang diajukan ke kantor kejaksaan setempat dan seorang hakim harus memutuskan apakah sebuah dakwaan resmi harus diajukan atau tidak.
Diketahui, dalam hukum Jerman, adalah sebuah kejahatan jika sesorang sengaja menanam ganja.
  manadotoday 

0 komentar:

Posting Komentar